29 Feb 2016 0 comments

Tepung Gomak

Tepung Gomak -

Tepung Gomak

Bahan-bahan
150gm kacang hijau

Penyediaan :  Goreng kacang hijau tanpa minyak hingga naik bau dan masak.  Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus.  Ayak dan ketepikan untuk di salut dengan kuih.

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa - parut
200gm gula melaka, racik halus
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan

Penyediaan :  Cairkan gula melaka dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti melekat. Sejukkan dan gentel bulat2.

Bahan Doh
300gm tepung pulut
150-180ml air
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh air kapur

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan doh dan uli menjadi doh yang tidak melekat di tangan.  Ambil sebesar bola pingpong, leperkan dan masukkan inti ditengahnya.  Tutup doh dan leperkan.
  2. Didihkan air di dalam periuk bersama 2 helai daun pandan yang di simpul.
  3. Apabila mendidih masukkan kuih, masak hingga kuih terapung.  Angkat, toskan air dan golek dalam serbuk kacang hijau.
Tepung Gomak


Tepung Gomak shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 Feb 2016 0 comments

Tepung Bungkus

Tepung Bungkus -

Tepung Bungkus

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka, racik halus
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan

Cairkan gula melaka dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti melekat. Sejukkan dan gentel bulat2.

Bahan Kuih
150gm tepung beras (1 cawan)
500ml santan (2 cawan)
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya di layur

Cara-cara:
  1. Lap dan layur daun pisang di atas api, potong mengikut saiz dikehendaki.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak.  Angkat dan biarkan suam sedikit.  Panaskan kukusan.
  3. Ambil 2 sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang.  Letakkan 3 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi adunan tepung
  4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun kukuskan selama 20 minit dengan api kecil.
  5. Sejukkan dan hidangkan

Tepung Bungkus


Tepung Bungkus shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;