Tepung Gomak
Bahan-bahan
150gm kacang hijau
Penyediaan : Goreng kacang hijau tanpa minyak hingga naik bau dan masak. Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus. Ayak dan ketepikan untuk di salut dengan kuih.
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa - parut
200gm gula melaka, racik halus
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan
Penyediaan : Cairkan gula melaka dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti melekat. Sejukkan dan gentel bulat2.
Bahan Doh
300gm tepung pulut
150-180ml air
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh air kapur
Penyediaan :
- Satukan semua bahan doh dan uli menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Ambil sebesar bola pingpong, leperkan dan masukkan inti ditengahnya. Tutup doh dan leperkan.
- Didihkan air di dalam periuk bersama 2 helai daun pandan yang di simpul.
- Apabila mendidih masukkan kuih, masak hingga kuih terapung. Angkat, toskan air dan golek dalam serbuk kacang hijau.
Tepung Gomak
Tepung Gomak shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment