Kuih Kelapa Thai / Thai Coconut Pudding
Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1/3 cawan nasi sejuk
1/2 cawan kelapa kering
1/2 sudu teh garam
Bahan Lapisan Atas
1 cawan santan kotak KARA
1/4 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 batang daun bawang - hiris halus
Hiasan : Daun bawang dan Bawang goreng - optional
Acuan Tako
Penyediaan :
Satukan semua lapisan bawah di dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
Satukan semua lapisan atas, kacau rata, masukkan daun bawang.
Gris acuan Tako dengan minyak masak. Panaskan sebentar.
Kacau lapisan bawah dan tuang 1 senduk kecil adunan ke dalam acuan hingga penuh. Biarkan seketika hingga bahagian tengah berlekuk.
Masukkan 2 sudu kecil adunan atas, tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
Kecilkan api dan masak hingga bahagian tepi keperangan. Angkat menggunakan chopstick atau sudu.
Kuih Kelapa Thai / Thai Coconut Pudding shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment