10 Jun 2016 0 comments

Mee Jawa

Mee Jawa -

Mee Jawa

Bahan-bahan
1kg Mee kuning - celur dan tos
300gm taugeh - celur dan tos
200gm daging - di hiris dan rebus dan airnya di simpan untuk stok
5 ekor udang - buang kulit
4 biji telur - di rebus
2 keping tauhu - di goreng dan di hiris
Daun sup - hiris
Cili merah dan hijau - hiris
Bawang goreng

Bahan Kuah
1/2 kg keledek oren - di rebus dan kisar halus
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 batang serai - ambil putih sahaja *
2 hiris halia *
2 hiris lengkuas *
100gm udang kering *
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Penyediaan :
  1. Kisar bahan bertanda * hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air rebusan, daging dan keledek kisar.
  4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Biar mendidih sebentar.
  5. Angkat dan hidang mee bersama kuah, taugeh, telur, tauhu, daun sup, cili dan bawang goreng.

Mee Jawa


Mee Jawa shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
9 Jun 2016 0 comments

Jus Carrot Susu

Jus Carrot Susu -

Jus Carrot Susu

Bahan
1 batang carrot - potong kecil
1 gelas air sejuk dari peti sejuk
2-3 sudu besar susu pekat manis
Ais secukupnya

Kisar carrot dengan air sejuk hingga halus, tapis.  Jika menggunakan slow juicer tidak perlu di tapis. Tuang ke dalam gelas, tambahkan susu pekat, kacau dan tambahkan ais secukupnya.

Jus Carrot Susu


Jus Carrot Susu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;