9 Apr 2020 0 comments

Pulut Serunding Kelapa Tuna

Pulut Serunding Kelapa Tuna -

Pulut Serunding Kelapa Tuna
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm pulut, rendam 2 jam
200 ml santan Ayam Brand
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Cara-cara :
  1. Kukus pulut 25 mint, angkat, gaul santan, garam dan gula.
  2. Kukus semula selama 10-15 minit
  3. Angkat dan masukkan ke dalam acuan atau kepalkan.
  4. Hidang dengan serunding kelapa tuna.

Serunding Kelapa Tuna
100 gm kelapa parut putih
1 tin Ayambrand Cili Saba Tuna, tos airnya
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
3 sudu besar minyak masak

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
3 tangkai cili kering, rendam air panas
1 batang serai, hiris halus

Cara-cara :
  1. Hancurkan isi tuna dengan garpu hingga halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi tuna, kelapa parut dan serbuk kunyit.
  4. Gaul rata, tambah gula dan garam.
  5. Goreng dengan api sederhana hingga campuran menjadi kering.
  6. Hidang dengan pulut.
Pulut Serunding Kelapa Tuna


Pulut Serunding Kelapa Tuna shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek -

Kuih Cek Mek Molek
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm ubi keledek oren
1 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubikayu
1/2 sudu teh baking powder
Gula pasir untuk inti
Minyak utnuk menggoreng

Penyediaan :
  1. Rebus ubi dengan sedikit garam hingga empuk.
  2. Kupas kulit dan lenyek isinya ketika masih panas
  3. Biarkan ubi sejuk dahulu.
  4. Setelah itu masukkan tepung, tepung ubi dan baking powder
  5. Ambil dan leperkan doh, isi 1 sudu keci gula di tengahnya.
  6. Tutup doh dan bentukkan bujur.
  7. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana hingga perang.

Kuih Cek Mek Molek


Kuih Cek Mek Molek shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;