28 Dec 2020 0 comments

Telur Dadar Bersarang

Telur Dadar Bersarang -

Telur Dadar Bersarang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
2 biji telur
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar air
1/4 sudu teh garam

Kuali Lebar
2 cawan minyak
Acuan Roti Jala

Penyediaan :
  1. Pecahkan telur, kocok ringan.
  2. Larutkan tepung jagung dan air.
  3. Masuk ke dalam telur dan tambah garam.
  4. Kocok hingga sebati dan tapis ke dalam acuan roti jala.
  5. Panaskan minyak dalam kuali lebar.
  6. Bila minyak betul2 panas, kirai bancuhan telur.
  7. Angkat tinggi kedudukan botol, kirai bermula dari tepi kuali hingga ke tengah.
  8. Goreng hingga bahagian tepi telur keperangan.
  9. Baru terbalik kan dan biar sedikit garing.
  10. Kemudian lipat 2 atau 4, goreng hingga garing.
  11. Angkat dan toskan minyak.
  12. Enak di makan panas-panas, garing dan rangup.

Telur Dadar Bersarang


Telur Dadar Bersarang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
7 Dec 2020 0 comments

Agar-Agar Lapis Pelangi

Agar-Agar Lapis Pelangi -

Agar-agar Lapis Pelangi
By Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan A (Agar Jernih)
25 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
1 helai daun pandan

Bahan B (Agar Santan)
25 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
100 gm serbuk santan (2 pkt 50gm) 
1 helai daun pandan

Pewarna unggu, biru, hijau, kuning (atau yg disukai)

Loyang 8" atau 9" (basahkan dahulu)

Cara-cara :
1.  Masak bahan A hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
2.  Masak bahan B hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
3.  Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang hingga hampir beku.
4.  Kemudian tuang 350ml agar-agar jernih tambahkan pewarna unggu dan tuang ke atas agar-agar tadi.
5.  Ulangi langkah No. 3 dan No. 4 berselang seli agar-agar santan dan agar-agar berwarna jernih.

*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah.  cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.

Agar-agar Lapis Pelangi


Agar-Agar Lapis Pelangi shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;