Nasi Ayam Hainan
Bahan-bahan
1 ekor ayam jangan buang kulit, cuci bersih
1 periuk air (anggaran 6 liter) hingga tenggelam ayam
1 sudu besar stock ayam
1 ikat daun bawang - simpul
2 inci halia - ketuk
1 ikat daun ketumbar dengan akarnya
garam secukup rasa
Untuk perapan : Minyak Bijan dan Kicap Cair
Penyediaan :
- Masak air hingga mendidih bersama bahan di atas. Kemudian masukkan ayam . Masak anggaran 30 min dengan api sederhana.
- Angkat ayam. Rendam dalam air berisi ais selama 15 min. Angkat, dan toskan.
- Kemudian sapu ayam dengan minyak bijan dan kicap soya cair.
- Air Rebusan Ayam di bahagi dua, satu bahagian di masuk ke dalam nasi dan satu bahagian di jadikan sup ayam. Keluarkan bahan-bahan dalam air rebusan tadi.
3 cawan beras, cuci dan toskan
5 1/4 cawan air rebusan ayam tadi
1 inci halia - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
4 ulas bawang merah kecil - ketuk
4 helai daun pandan
sedikit lemak ayam - optional
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
Penyediaan :
Panaskan minyak, marjerin dan lemak ayam. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun pandan hingga naik bau.
Masukkan beras, kacau hingga sebati dan kekuningan dan airnya kering. Masukkan kedalam periuk nasi letrik bersama air rebusan ayam dan sedikit air. Apabila masak gemburkan nasi tadi.
Untuk Sup
Air rebusan ayam tadi dididihkan, Masukkan 1 kuib ayam.
Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng ketika di hidang.
Sos Cili
5 tangkai cili merah
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol Sos Cili Thai
Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai. Masak sebentar hingga gula laru.
Sos Kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu kecil gula
Satukan semua bahan, didihkan dalam periuk.
Pelengkap Hidangan : Tomato, Daun Salad
Nasi Ayam Hainan
Nasi Ayam Hainan / Hainan Chicken Rice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment