18 May 2017

Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum

Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum -


Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya.  Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman.
Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan.  Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa.

Teh Krisantimum Yeo’s menjadi minuman yang menyegarkan di minum begitu saja samada sejuk atau panas.  Malah boleh di jadikan makanan yang menyihatkan untuk berbuka nanti.   Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum memberi kecergasan dan kesegaran dengan tambahan aroma halia, serai dan daun pandan.  Bebola pulut memberi penambah tenaga yang di perlukan setelah seharian berpuasa.

Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum

Bahan A


Bahan B



Cara-cara :
  1. Masukkan bahan A ke dalam periuk, masak hingga mendidih dan gula larut.  Ketepikan.
  2. Gaul bahan B kecuali pewarna hingga menjadi doh yang lembut.  Bahagikan kepada 3 bahagian dan beri pewarna yang di sukai.  Gentel menjadi bebola kecil.


Didihkan air yang banyak, rebus bebola tadi hingga terapung di permukaan air.

Angkat dengan senduk berlubang, tos dan masukkan ke dalam bahan A tadi.
Sedia di hidang panas atau sejuk.


YEO’S - Bebola Pulut Yeo’s The Krisantimum

"Sangat mudah, cubalah :)"


Berkat di rasa Bersama, adalah lebih bermakna kerana kita gandakan kebaikannya Bersama mereka yang ada disekeliling kita.


Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd “Yeos’s” ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai Bersama.  Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!




Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;