28 Nov 2013 0 comments

Biskut Almond London

Biskut Almond London -
Bahan-bahan:


  • 1 pek buttercup

  • 110 g gula aising

  • 1 biji telur

  • 1 sudu teh esen vanila

  • 300 g tepung gandum (diayak)

  • 180 g tepung jagung (diayak)

  • 40 g serbuk badam

  • 200 g badam bakar (bakar dengan api kecil)

  • mangkuk kertas


Bahan Hiasan


  • 400 g coklat masakan

  • 60 g badam cincang

  • 1 sudu lemak sayuran/ buttercup


Cara penyediaannya:


  1. Pukul buttercup,gula aising,telur dan esen vanila hingga sebati.

  2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk badam.Uli perlahan-lahan menjadi doh yang lembut.

  3. Ambil sedikit adunan, isikan ditengah-tengah dengan badam bakar dan bulatkan. Atur dalam tin pembakar.

  4. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit atau hingga masak.Biar sejuk.

  5. Untuk hiasan. Cairkan coklat masakan dan lemak sayuran/buttercup dalam periuk. Buat double boil.

  6. Letak biskut dalam mangkuk kertas.Sudukan sedikait coklat dan tabur badam.








Biskut Almond London shared from shaed

Republish by The CC Resepi
27 Nov 2013 0 comments

Tonton filem boleh membakar kalori anda

Tonton filem boleh membakar kalori anda -



Satu kajian yang dibuat di London membuktikan menonton sebuah filem boleh membakar sehingga 200 kalori. Kajian dibuat menumpukan kepada penggunaan tenaga ketika menonton.



Hasil yang diperolehi ialah denyutan nadi penonton meningkat lebih laju dan menghasilkan adrelin. Proses ini meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 30%.





Bukan semua filem yang dapat membantu anda membakar kalori tetapi Filem SERAM!!!

Antara filem yang menjadi pilihan adalah :


  • The Shining – 184cal

  • Jaws – 161cal

  • The Exorcist - 158cal


Sesiapa yang malas bersenam tu, bolehlah mencuba cara ini untuk lebih langsing. Yang lagi seram, lagi bagus, lagi banyak membakar kalori.





Tonton filem boleh membakar kalori anda shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;