11 Dec 2014 0 comments

Resepi Cara Berlauk

Resepi Cara Berlauk -



Bahan bahan :-

- 400gm tepung gandum

- 330 ml air

- 180 gm daging kisar

- 1 bijik bawang besar-cincang

- 4 ulas bawang putih - cincang

- 200 ml minyak masak

- 1 bijik telur

- 1 sudu besar serbuk kunyit

- 2 sudu besar serbuk kari

- 1 sudu besar serbuk cili

- 3 tangkai daun bawang

- 2 tangkai cili merah -cincang

- garam secukup rasa

- acuan kuih




Cara cara


  1. - cara nak buat inti- tumis bawang besar dan bawang putih.apa bila tumisan sudah garing ..masukkan serbuk kari , serbuk cili dan masuk kan daging kisar .

  2. -masak sehingga daging empuk , tambah kan garam,taburkan daun kari dan cili merah .biar kan daging sedikit kering

  3. cara-cara membuat adunan tepung

    - satu kan tepung, serbuk kunyit ,telur,garam secukup rasa dan masukkan air.pukul sebati dan ketepikan .

    - panaskan acuan dan sapu dengan minyak gunakan api sederhana .ambil satu sudu adunan dan tuangkan dalam acuan .

    -seterusnya letakkan sudu kecil inti daging ditengahnya.

    -taburkan hiasan cili merah hirisan daun bawang biarkan seketika . ambil lidi atau garpu cungkil bahagian tepi acuan, jika kuih mudah tertanggal dari acuan ia bermakna kuih sudah masak






Resepi Cara Berlauk shared from shaed

Republish by The CC Resepi
8 Dec 2014 0 comments

ASAM PEDAS MUAR

ASAM PEDAS MUAR -





Bahan-bahan:



  • 8 ketul ikan pari / ikan kembung / selar / sembilang

  • Satu mangkuk cili kering (direbus dan dikisar)

  • 8 ulas bawang merah

  • 1 inci kunyit hidup

  • 1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk )

  • 1 cawan perahan asam jawa

  • 2 kuntum bunga kantan

  • 1 ikat Daun Kesom

  • 1 ikat daun kesum

  • 2 batang serai (dititik)

  • Sedikit belacan

  • 2 biji Tomato

  • 8 batang bendi muda

  • 500 ml air

  • Garam secukup rasa

  • 1 sudu kecil gula


Cara-cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis belacan, cili kisar bersama kunyit hidup,lada hitam dan bawang merah.

Selepas naik bau wangi, masukkan perahan asam jawa, air ,bunga kantan dan daun kesum.

2. Biarkan dengan api perlahan sehingga mendidih,masukkan buah tomato dan bendi muda, garam dan gula.

3.Biar mendidih dalam 5 minit lagi. siap untuk dihidangkan.



ASAM PEDAS MUAR shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;