22 Jan 2015 0 comments

Resepi Sotong Percik Bakar heart emoticon

Resepi Sotong Percik Bakar heart emoticon -



Bahan bahan :


  • 1/2 kg sotong

  • serbuk kunyit

  • garam halus


Cara Penyediaan :

1) Cuci bersih sotong dan kelar permukaan badan sotong.

2) Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak. ( guna pemanggang ajaib lagi best)

3) Bila sotong dah masak boleh siramkan kuah percik tadi ke atas sotong..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas sotong masa hidang dlm pinggan nnti...





Bahan2 Percik :


  • 2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh

  • *10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)

  • *sedikit belacan

  • *1 labu bawang besar

  • *2 - 3 inci kunyit hidup

  • *1 cawan santan cair

  • *1 sudu kecil jintan manis

  • * 4-5 tangkai cili padi

  • jus asam jawa/asam keping

  • 1/2 cawan pati santan pekat

  • garam dan gula secukup rasa

  • 1 helai daun kunyit


Cara Penyediaan :


  1. Kisarkan semua bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg diketuk.

  2. Masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)

  3. Bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi.









Resepi Sotong Percik Bakar heart emoticon shared from shaed

Republish by The CC Resepi
21 Jan 2015 0 comments

Puding Castard Fruit Cocktail

Puding Castard Fruit Cocktail -



Bahan bahan:-

1 cawan tepung castard

5 cawan air ( dah termasuk air fruit cocktail )

5 sudu besar gula pasir




Cara2 nya :

Tapis fruit cocktail

Ambil airnya jadikan 5 cawan

Bancuh air tadi dengan tepung castard dan masukan gula

Kacau atas api perlahan hingga masak dan berkilat

Tuang dalam acuan yang disukai

Sejukan sebelum dimakan dengan kuahnya.



Kuahnya :

1 tin susu cair

1/2 cawan gula

2 helai daun pandan

Campur semua bahan2

Kemudian dipanaskan atas dapur hingga naik wap ( jangan dimasak hingga mendidih ye )

Jika suka kuahnya lebih bolihlah digandakan

Sedap dimakan bersama fruit cocktail





Puding Castard Fruit Cocktail shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;