4 Mar 2015 0 comments

Resepi Nasi impit kuah Lodeh

Resepi Nasi impit kuah Lodeh -




















Resepi Nasi impit kuah Lodeh khas buat penggemar masakan ini.Enjoy:)

Bahan-bahan(untuk 5 orang)


  • 10 biji ketupat mini (Direbus)


Kuah Lodeh


  • 1 biji kelapa (diambil santannya)

    1 biji terung panjang (dipotong kecil)

    1/2 biji lobak merah di potong memanjang

    5 batang kacang panjang di potong anggaran 2 inci

    1 biji kentang di potong dadu

    1 batang lada merah di hiris halus

    Sedikit kubis bunga

    Sedikit kubis daun

    1 keping tempe di goreng sekejap dan dipotong dadu

    1 keping tauhu di goreng sekejap dan dipotong dadu

    1 bungkus pucuk dan suun direndam

  • Bahan perencah

  • 6 biji bawang merah dikisar

    2 inci kunyit hidup dikisar

    2 sudu besar udang kering direndam dulu dan dikisar


Cara-caranya


  1. Panaskan periuk kemudian masukkan santan cair.Selepas itu masukkan bahan kisar.Kacau sebentar

  2. Masukkan sayuran yang keras dahulu.Bila nampak menggelegak sedikit baru masukkan santan pekat serta tempe,tauhu,pucuk dan sayuran yang lembut.Perasakan dengan garam dan gula.Jika suka letak 1/2 buku kiub pati ikan bilis(jika letak kiub pastikan garam dikurangkan).

  3. Kacau sentiasa supaya tidak berkeladak.Bila mendidih saja terus tutup api.

  4. Sedap dimakan dengan rendang ,sambal tumis ikan bilis dan kuah kacang.







Resepi Nasi impit kuah Lodeh shared from shaed

Republish by The CC Resepi

0 comments

BegeDIL AyAM

BegeDIL AyAM -



Bahan bahan:


  • 4 ketul kentang ( direbus / digoreng dan seterusnya ditumbuk )

  • 1 ketul dada ayam / daging ( direbus dan ditumbuk )

  • bawang goreng

  • daun sup

  • cili merah besar dihiris halus

  • 1 biji telur

  • sedikit garam


Cara cara:


  1. Masukkan kentang yang telah ditumbuk ke dalam bekas

  2. Seterusnya masukkan isi ayam yang telah ditumbuk

  3. Masukkan bawang goreng, daun sup dan cili merah

  4. Perasa dengan garam

  5. Seterusnya bulatkan dan leperkan

  6. Celup begedil ke dalam telur...

  7. Akhir sekali boleh le goreng begedil tu...


OK dah siap BegeDIL AyAM ...



BegeDIL AyAM shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;