1 Jul 2015 0 comments

Page fb resepi nennie khuzaifah

Page fb resepi nennie khuzaifah -
Saya baru buat Page Resepi Nennie Khuzaifah dan setakat ini dah banyak resepi yang saya dapat masukkan dalam Page FB saya ni , saya masukkan gambar serta resepi yang mengguna kan bahan yang sama dalam satu album . Banyak lagi resepi yang belum di simpan di Page Resepi Nennie Khuzaifah , slow-slow buat , syukur alhamdulillah . 




Page fb resepi nennie khuzaifah shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
27 Jun 2015 0 comments

Sambal cili api ikan selayang

Sambal cili api ikan selayang -
Secukup rasa , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

10 ekor ikan selayang - dibersih lumur dengan garam /kunyit dan digoreng 
1 keping asam keping
1 biji bawang yang besar - di potong kecil
Minyak masak secukupnya utk goreng ikan
Garam dan gula secukup rasa

*Saya guna minyak yg agak banyak untuk menumis bahan tumbuk supaya sambal tidak menjadi kering.

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawang merah
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan selayang sampai bersih dan di kelar di badan ikan kemudian dilumur ikan dgn garam dan kunyit . Goreng ikan selayang sampai masak kemudian angkat dan tos , bila ikan dah sejuk ambil isi ikan selayang ni dan buang semua tulang serta kepala ikan .

Panaskan minyak sayur secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk dan biarkan cili masak serta menjadi harum. Masukkan semua isi ikan selayang  tadi dengan satu keping asam keping. Masukkan garam serta gula secukup rasa . Kacau semua bahan sampai mesra , bila semua bahan dan sebati boleh la ditutup api dapur.


Gambar dari google image - Ini la ikan selayang atau ikan sardin



Sambal cili api ikan selayang shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
 
;