28 Feb 2016 0 comments

Tepung Bungkus

Tepung Bungkus -

Tepung Bungkus

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa muda parut
200gm gula melaka, racik halus
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan

Cairkan gula melaka dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti melekat. Sejukkan dan gentel bulat2.

Bahan Kuih
150gm tepung beras (1 cawan)
500ml santan (2 cawan)
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya di layur

Cara-cara:
  1. Lap dan layur daun pisang di atas api, potong mengikut saiz dikehendaki.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak.  Angkat dan biarkan suam sedikit.  Panaskan kukusan.
  3. Ambil 2 sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang.  Letakkan 3 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi adunan tepung
  4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun kukuskan selama 20 minit dengan api kecil.
  5. Sejukkan dan hidangkan

Tepung Bungkus


Tepung Bungkus shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 Feb 2016 0 comments

Mini Rainbow Roll Cake

Mini Rainbow Roll Cake -

Mini Rainbow Roll Cake
Sumber :  Puan Ola-Ola (MAHN)

Bahan-bahan
6 biji telur
200gm tepung gandum - ayak
150ml minyak masak
200gm gula pasir
60ml santan kotak
1 sudu makan ovalete halal
1 sudu teh vanila
1/4 sudu teh garam

Loyang 8x8x3 gris dan alas dasar dengan kertas minyak

Penyediaan :
  1. Pukul telur, ovalet, gula, esen vanila dan garam dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan pelahan hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk besar, masukkan minyak dan santan, kaup balik hingga bergaul rata.
  4. Bahagi adunan kepada 6 dan berikan pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.  Lebih kurang 140gm setiap satu.
  5. Kukus adunan mengikut urutan warna, setiap lapisan selama 8-10 minit dengan api kecil.  Lap tutup pengukus setiap kali mengukus.
  6. Setelah masak, biarkan kek suam sedikit, potong menggunakan pisau bergerigi 3mm setiap lapisan, guna pembaris untuk mendapat lapisan yang sama besar.  Anggaran 30 potongan.
  7. Setiap potongan di sapu jem dan digulung ringan dan perlahan supaya tidak mudah patah.


Mini Rainbow Roll Cake


Mini Rainbow Roll Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;