23 Jun 2016 0 comments

Biskut Nestum Rangup

Biskut Nestum Rangup -

Biskut Nestum Rangup 

Bahan-bahan
220gm mentega
130gm gula kaster
250gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
40gm nestum - kisar halus

Salutan :  Nestum secukupnya
Putih telur

Penyediaan :
  1. Satukan tepung, baking soda dan nestum.
  2. Putar mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan esen vanila.  Putar sebati.
  3. Masukkan campuran tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
  4. Ambil doh sebesar ibu jari, bulatkan, celup ke dalam putih telur dan golek dengan nestum.
  5. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Biskut Nestum Rangup


Biskut Nestum Rangup shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Jun 2016 1 comments

Sup Tulang Merah Singapore

Sup Tulang Merah Singapore -

Sup Tulang Merah Singapore
Sumber :  Azlita Aziz

Air Rebusan Daging
1 kg tulang lembu atau kambing ( kalau kambing bolehlah guna tulang gear box )
Air secukupnya untuk merebus daging
2 inc halia ~ di hiris kasar
2 batang serai ~ di ketuk
1 labu bawang putih ~ di belah 2
1 bungkus sup bunjut

Masukkan air ke dalam periuk secukupnya.  Masukkan, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut dan rebus hingga daging pada tulang empuk.
Bila empuk, asingkan tulang, keluarkan serai, halia, bawang putih dan sup bunjut tadi.  Ketepikan

Rempah Tumis
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

Bahan Kisar Halus
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inc halia
15 tangkai cili kering, rendam dan kisar halus

Bahan Rempah
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada hitam

Bahan Sos
1 tin kecil tomato puree
2 sudu besar kicap manis
1/2 botol sos tomato ( botol kecil)
2 biji telur
1 buku gula melaka
2 kiub daging
1 cawan bawang goreng
sedikit pewarna merah
4 biji kentang - kentang di kupas kulit, potong bulat dan di goreng, kemudian masukkan dalam blender dan kisar halus.

Sayuran
2 biji kentang - kupas kulit dan di dadu
4 Biji Tomato - potong baji
1 batang lobak merah - potong panjang
3 pokok daun ketumbar
Daun ketumbar di hiris akarnya di bersihkan dan dimasukkan sekali

Penyediaan :
  1. Pes :  Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga wangi.  Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.  Kemudian masukkan bahan rempah, tumis hingga garing.
  2. Masukkan bahan sos tomato puree, sos tomato, kicap manis dan air jika agak pekat.  Masak hingga pecah minyak dan angkat.
  3. Panaskan semula air rebusan daging, masukkan pes yang disediakan tadi, kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan gula merah, gula dan garam secukupnya.
  5. Biarkan mereneh sebentar, masukkan bawang goreng, ubi kentang dan lobak merah.  Bila empuk masukkan tomato dan daun ketumbar.
  6. Akhir sekali masukkan telur dan biarkan kuah mereneh dan pekat.
Hidangkan bersama roti Perancis atau roti paun

Sup Tulang Merah Singapore


Sup Tulang Merah Singapore shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;