8 Aug 2016 0 comments

Kuih Lapis Ubikayu Pelangi

Kuih Lapis Ubikayu Pelangi -

Kuih Lapis Ubikayu Pelangi

Bahan-bahan
800gm parutan ubi kayu
100gm kelapa parut muda
1 sudu besar tepung ubi
300 ml air
200gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
Pewarna merah, kuning dan hijau

Loyang 7x7 atau 8x8in - alas daun pisang atau plastik tahan panas

1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Gaul dan kukus selama 10 minit.

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kecuali pewarna, gaul hingga rata.
  2. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.
  3. Beri warna merah, kuning dan hijau setiap adunan, kacau rata.
  4. Masukkan adunan hijau, ratakan di dalam loyang.  Kukus selama 15 minit.
  5. Kemudian ratakan  adunan kuning, kukus 15 minit.
  6. Akhir sekali, ratakan adunan merah, tutup loyang dengan alumium foil dan kukus selama 30 minit.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong menggunakan pemotong plastik.
  8. Kemudian gaul dengan kelapa parut.


Kuih Lapis Ubikayu Pelangi


Kuih Lapis Ubikayu Pelangi shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Bali

Ayam Bali -

Ayam Bali

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil, gaul garam dan kunyit
Goreng hingga masak
6-8 batang serai - di titik
8 tangkai daun kali - cuci, lerai dari tangkainya
1 sudu besar kicap lemak masin
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan

6 sudu makan cili kisar

Penyediaan :

  1. Guna minyak menggoreng ayam tadi, dengan api sederhana goreng serai hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daun kari, kacau hingga wangi, jangan sampai hangus.
  3. Masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan kicap, garam dan gula, gaul rata.
  5. Masukkan ayam goreng tadi.  Gaul rata, biarkan selama 8-10 minit sambil sering dikacau supaya tidak hangit.
  6. Sedia di hidang bersama nasi.


Ayam Bali



Ayam Bali shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;