3 Oct 2016 0 comments

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice -

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice

Bahan
3 biji jambu batu pink (pink guava)
3 sudu besar sirap gula
1 cawan air mineral
1 sudu besar jus limau nipis
Ketulan ais secukupnya

Jambu Bandung / Pink Guava

Penyediaan :  
Kisar jambu menggunakan slow juicer.
Masukkan ke dalam jug bersama sirap gula, air mineral dan jus limau nipis.
Tambah ais dan sedia di minum.

Jika menggunakan pengisar biasa, kisar jambu bersama air dan tapis.  Tambah ais dan sirap gula secukupnya.  Sedia di minum.

Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice


Jus Jambu Bandung / Pink Guava Juice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
29 Sept 2016 0 comments

Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas -

Nasi Hujan Panas
Sumber :  FB Atie Jumaat

Bahan-bahan
3 cawan Beras Basmathi (rendam 30 minit), toskan
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
1 tin kecil minyak sapi
1 sudu makan gula perang
Garam secukup rasa
Pewarna hijau / merah / kuning
2 helai daun pandan (simpul)
1 pokok ketumbar
3 cawan air (guna cawan beras)

Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara Menyediakan
  1. Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, masukkan rempah kasar dan daun pandan di ikuti bahan kisar.  Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan susu cair, air, gula dan garam secukup rasa.  Biarkan mendidih.  Tuang ke dalam rice cooker.
  3. Masukkan beras, kismis dan pokok ketumbar, gaul rata dan tanak sehingga nasi masak.
  4. Bila nasi telah masak, cucuk dengan chopstik dan buat beberapa lubang.
  5. Titiskan dengan pewarna merah, kuning dan hijau secara selingan di setiap lubang.  Tutup periuk nasi biarkan selama 30 minit.
  6. Selepas itu kacau nasi dengan garpu perlahan-lahan supaya ketiga2 pewarna bercampur dan berwarna warni.


Cadangan Hidangan :  Acar timun, Ayam masak merah, Kurma atau kerutup daging atau ayam.

Nasi Hujan Panas


Nasi Hujan Panas shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;