30 Oct 2016 0 comments

Lompang Udang Kering

Lompang Udang Kering -

Lompang Udang Kering

Bahan A
100gm udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
1/2 batang saderi - cincang halus
1 tangkai cili merah - hiris halus
Daun bawang dan daun sup - hiris halus
Bawang goreng
sedikit gula dan garam
Sedikit minyak

Goreng udang kering, saderi dan cili merah dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan secubit garam dan gula.  Tutup api dan masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.  Gaul rata dan ketepikan.

Bahan B
280gm tepung beras
60gm tepung ubi
900ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur

Acuan lompang, di leser sedikit minyak

Cara-Cara :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis.
  3. Tuang hampir penuh ke dalam acuan lompang dan kukus selama 20 minit dengan api sederhana.
  4. Angkat dan sejukkan dahulu.
  5. Keluarkan dari acuan dan tabur bahan A dan bawang goreng.


Lompang Udang Kering


Lompang Udang Kering shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
29 Oct 2016 0 comments

Talam Keledek Ungu

Talam Keledek Ungu -

Talam Keledek Ungu

Bahan A
20gm tepung beras
20gm tepung jagung
50gm santan pekat (santan kotak)
400ml air
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.  Biar sejuk dahulu sebelum di isi ke dalam piping bag.

Bahan B
250gm keledek ungu, rebus hingga empuk, lenyek
250gm gula pasir
250ml air
150gm tepung ubikayu
30gm tepung beras
1/2 sudu teh garam

30 biji acuan lompang - gris dengan minyak masak

Penyediaan :
  1. Satukan keledek, gula, garam dan air ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.  Masukkan tepung sedikit sedikit dan kisar hingga bergaul rata.  Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
  2. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan lompang dan picit adunan A di tengahnya.
  3. Panaskan pengukus dan kukus selama 15-20 minit hingga masak.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.

Talam Keledek Ungu


Talam Keledek Ungu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;