Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice
Bahan Nasi
2 pot beras Basmati, cuci bersih, rendam 20 minit, toskan
1.5 liter air
1 sudu besar minyak sapi
sedikit minyak masak
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 helai daun bay
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam
Panaskan minyak, tumis buah pelaga, cengkih, daun bay dan bunga lawang. Masukkan air dan garam dan biar mendidih. Kemudian masukkan beras dan masak sehingga 3 suku masak. Angkat dan toskan.
Bahan Perapan Ayam
1/2 ekor ayam, potong saiz sesuai
1/2 cawan yogurt atau 1/2 cawan susu sejat
4 ulas bawang putih, 2in halia (tumbuk halus)
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 packet kecil rempah briyani
2 biji tomato - potong dadu
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam
1/2 cawan bawang goreng
Gaul semua bahan hingga rata. Perap selama 20 minit.
Bahan Tumis
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
5 biji bunga cengkih
1 helai daun bay
3 biji buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
1 sudu kecil lada hitam
1 biji ubi kentang - belah 4
1/2 cawan air
2 biji telur rebus
Bawang goreng dan daun ketumbar untuk taburan.
Penyediaan :
- Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bunga cengkih, daun bay, pelaga, kulit kayu manis dan lada hitam dengan api kecil hingga naik bau.
- Masukkan ubi kentang, tumis hingga ubi kentang sedikit perang.
- Masukkan ayam yang di perap dan masak hingga ayam berubah warna. Masukkan air, kacau rata dan tutup periuk, reneh ayam dengan api kecil hingga empuk. Masukkan telur rebus.
- Kemudian tabur beras tadi di atas ayam hingga rata. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana selama 10 minit (jangan terlalu lama nanti bahagian bawah hangus)
- Apabila masak, kaup balik perlahan-lahan bahagian bawah ke atas nasi supaya bergaul rata dan nasi tidak patah.
- Masukkan ke dalam pingan, tabur dengan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.
Nasi Briyani Ayam
Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi