25 Feb 2017 0 comments

Sengkuang Sos Calit Merah

Sengkuang Sos Calit Merah -

Sengkuang Sos Calit Merah
Sumber :  FB Rozmaliza Omar

Bahan-Bahan
2 cawan Sos merah Thai cap Labu
2 sudu besar air asam jawa adabi
2 cawan Sos cili
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar serbuk belacan
2 sudu kecil tepung jagung bancuh dengan sedikit air
1 paket serbuk asam boi (60gm) atau pes buah plum
Kacang tanah tumbuk

Cara-cara :
Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
Masak hingga mendidih.  Kemudian tuang bancuhan tepung jagung dan biarkan pekat sedikit. Biarkan sejuk dan simpan di dalam botol kaca.

Potong sengkuang sapukan sos merah dan taburkan kacang tumbuk.

Sengkuang Sos Calit Merah


Sengkuang Sos Calit Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
23 Feb 2017 0 comments

Lontong Johor

Lontong Johor -

Lontong Johor
Sumber :  CMG@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan Kuah Lodeh
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Bahan Sampingan
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua

Cara membuatnya :
1.  Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
2.  Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
3.  Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.

CATATAN MAT GEBU :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat.

Serunding Ikan Bilis
Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yang muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

Cara Membuatnya :
1. Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
2. Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi. Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga serunding berderai (tapi tidak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan  api. Biar sejuk sebelum disimpan.

Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan :
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Bahan Kisar Halus :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

Cara Membuatnya :
1.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
2.  Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Lontong Johor


Lontong Johor shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;