Kuih Lopes Segitiga
Bahan A
2 cawan beras pulut, rendam 2 jam
1 1/2 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Daun pisang potong 3in lebar 8in panjang
Tali untuk mengikat
Bahan B
2 cawan kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Gaul rata dan kukus selama 15 minit
Sirap Gula Merah
250 gm gula merah
1/4 cawan gula pasir
300 ml air
Satukan dalam periuk dan masak hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
Cara-cara :
Tanak pulut setengah masak bersama air, air pandan, pewarna dan garam.
Bila air kering, kacau biar rata dan angkat.
Buat kelongsong segitiga daun pisang, masukkan pulut dan lipat dengan kemas.
Ikat dengan tali rafia supaya tidak terbuka.
Masukkan ke dalam periuk dengan air hampir tenggelam pulut.
Masak dengan api kecil selama 1 jam atau sehingga air mengering.
Boleh juga di kukus selama 1 jam.
Golek di atas kelapa parut dan hidang bersama sirap gula merah.
Kuih Lopes Segitiga
Kuih Lopes Segitiga shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi