13 Mar 2018 0 comments

Yong Tau Fu

Yong Tau Fu -

Yong Tau Fu

Bahan Inti Yong Tau Fu
1 cawan isi ayam cincang
1 cawan isi ikan tenggiri cincang
1 sudu besar cili merah cincang
1 sudu besar daun bawang cincang
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
Gaulkan semua bahan-bahan inti hingga sebati.
Isikan inti ke dalam sayuran dan tauhu.

Bahan Yong Tau Fu
2 keping tauhu, belah 2 (tiga segi), korek isi tengah dengan sudu
4 keping tauhu pok, belah atas
1 terung panjang, potong 1/2in dan belah 2 (jangan putus) rendam air
1 peria, potong 1/2in, keluarkan isi tengahnya
4 bendi, belah atas
2 cili merah, belah atas
2 cili hijau, belah atas

Cara-cara :
Isikan inti ke dalam sayuran-sayuran dan tauhu.  Setelah siap goreng sebentar.
Angkat dan toskan.

Lain-lain Bahan - di celur sebentar
Kangkung, Fish ball, fish cake, crabstick, sosej atau yang di sukai.
Bijan sangai untuk taburan.

Kuah Chinese Style Chef Hassanhen
3 sudu besar minyak wangi (minyak bawang putih)
1 sudu besar tos tiram
1 sudu kecil kicap hitam
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar tauchu
1 cawan air
2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
Masukkan bahan kuah ke dalam kuali kecuali tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan yong tau fu, masak sambil di balik-balikkan sebentar.
Angkat dan toskan ke dalam pinggan.
Tuang bancuhan tepung jagung di dalam kuah dan reneh hingga hampir pekat.
Tuang ke atas yong tau fu.

Bahan Kuah Hitam :
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos masam manis
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar gula perang / gula melaka
3 cawan air

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kisar hingga hancur.
Tuang ke dalam periuk dan masak api sederhana hingga pekat dan mendidih.
Sesuai untuk sos yong tau fu, sotong kangkung dan rojak tauhu.

Bahan Kuah Merah :

Bahan Kisar
1/2 cawan kacang tanah goreng
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula pasir
3 cawan air
1/2 sudu kecil garam

- Kisar semua bahan hingga kacang hancur.  Ketepikan.

Bahan Tumis
2 biji bawang putih, di ketuk
4 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar minyak

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga pecah minyak.
Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga kuah hampir pekat.
Sesuai untuk sos yong tau fu, sotong kangkung dan rojak tauhu.

Yong Tau Fu


Yong Tau Fu shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 Mar 2018 0 comments

Kimchi Mudah

Kimchi Mudah -

Kimchi Mudah

Bahan-bahan
1 biji Kobis panjang
1/4 cawan Garam

Cara-cara : 
Belah dua kobis, buang bahagian bawah yang keras dan belah dua lagi.
Potong saiz makan.  Cuci dan toskan.
Masukkan selapis hirisan kubis ke dalam bekas besar dan tabur kan dengan sedikit garam.
Ulangi melapis kubis dan menabur garam sedikit demi sedikit hingga habis.
Jangan gaulkan sekaligus dengan garam kerana masinnya jadi tidak sama rata
Perapkan selama 2 jam,  gaulkan setiap 30 minit.
Selepas 2 jam, bilas kubis beberapa kali.
Tapis dan simpan dulu di dalam peti sejuk.

Pes Kimchi 
1 cawan nasi sejuk
1 biji pear kuning
1/2 cawan air
1/2 cawan sos ikan
1/4 cawan gula
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang holand
1/3 cawan serbuk cili atau cili kisar
1 sudu besar udang geragau

Bahan Hiris
3 tangkai daun kucai, potong 1 in panjang
3 tangkai daun bawang, potong 1 in panjang
1 batang lobak merah, sagat atau hiris halus
1 batang lobak putih, sagat atau hiris halus


Cara-cara  :
Kisar semua bahan-bahan pes kimchi hingga halus.

Gaulkan bersama kobis jeruk dan bahan hiris hingga rata.

Simpan di dalam botol atau bekas kedap udara.
Masukkan hingga penuh dan tekan hingga padat supaya tiada udara masuk untuk mengelakkan kimchi dari berkulat.
Tutup dengan rapi dan kedap.
Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 hari untuk proses perment menjadi jeruk.
Selepas 2 hari buka tutup bekas, jika terdapat buih-buih kecil dan permukaan kimchi berair, kimchi tersebut telah sedia untuk di makan.
Boleh di hidang bersama nasi, di campur dalam sup,stew, lempeng atau nasi goreng.

Kimchi Mudah


Kimchi Mudah shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;