12 Mar 2018

Kimchi Mudah

Kimchi Mudah -

Kimchi Mudah

Bahan-bahan
1 biji Kobis panjang
1/4 cawan Garam

Cara-cara : 
Belah dua kobis, buang bahagian bawah yang keras dan belah dua lagi.
Potong saiz makan.  Cuci dan toskan.
Masukkan selapis hirisan kubis ke dalam bekas besar dan tabur kan dengan sedikit garam.
Ulangi melapis kubis dan menabur garam sedikit demi sedikit hingga habis.
Jangan gaulkan sekaligus dengan garam kerana masinnya jadi tidak sama rata
Perapkan selama 2 jam,  gaulkan setiap 30 minit.
Selepas 2 jam, bilas kubis beberapa kali.
Tapis dan simpan dulu di dalam peti sejuk.

Pes Kimchi 
1 cawan nasi sejuk
1 biji pear kuning
1/2 cawan air
1/2 cawan sos ikan
1/4 cawan gula
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang holand
1/3 cawan serbuk cili atau cili kisar
1 sudu besar udang geragau

Bahan Hiris
3 tangkai daun kucai, potong 1 in panjang
3 tangkai daun bawang, potong 1 in panjang
1 batang lobak merah, sagat atau hiris halus
1 batang lobak putih, sagat atau hiris halus


Cara-cara  :
Kisar semua bahan-bahan pes kimchi hingga halus.

Gaulkan bersama kobis jeruk dan bahan hiris hingga rata.

Simpan di dalam botol atau bekas kedap udara.
Masukkan hingga penuh dan tekan hingga padat supaya tiada udara masuk untuk mengelakkan kimchi dari berkulat.
Tutup dengan rapi dan kedap.
Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 hari untuk proses perment menjadi jeruk.
Selepas 2 hari buka tutup bekas, jika terdapat buih-buih kecil dan permukaan kimchi berair, kimchi tersebut telah sedia untuk di makan.
Boleh di hidang bersama nasi, di campur dalam sup,stew, lempeng atau nasi goreng.

Kimchi Mudah


Kimchi Mudah shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;