27 Mar 2018

Thai Red Rubies / Tub Tim Grob

Thai Red Rubies / Tub Tim Grob -

Thai Red Rubies / Tub Tim Grob

Bahan-bahan
15 biji water chestnut (sengkuang cina)
1 sudu kecil pewarna merah atau yang di sukai
1 cawan tepung ubi kayu

Bahan Sos Santan
200 ml (1 kotak kecil) santan KARA
100 ml air
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu kecil tepung beras

(Masak hingga mendidih dan pekat)

Bahan Sirap
1/2 cawan gula pasir atau gula melaka
1 cawan air
1 helai daun pandan

(Masak hingga gula larut, ketepikan)

Ais secukupnya, di kisar hancur dan simpan di dalam peti sejuk.

Cara-cara :
  1. Kupas sengkuang dan potong kiub kecil.  
  2. Rendam dalam pewarna hingga sebati.  Toskan.
  3. Gaul sengkuang ke dalam tepung ubi hingga bersalut rata.
  4. Ayak untuk mengeluarkan lebihan tepung.
      
  5. Masak air hingga mendidih, masukkan sengkuang dan masak hingga timbul dan jernih.
  6. Angkat dengan penapis, toskan kemudian masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk dari peti ais. 
  7. Biarkan terendam selama 10 minit, kacau perlahan-lahan supaya tidak melekat.
  8. Untuk menghidang, masukkan ais kisar ke dalam mangkuk atau gelas. 
  9. Tuang sirap gula, letak biji delima (toskan dulu) dan tuang santan ke atasnya.
  10. Boleh di tambah lain-lain bahan seperti jagung, nangka atau kelapa muda.

Thai Red Rubies / Tub Tim Grob


Thai Red Rubies / Tub Tim Grob shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;