Ikan Laici Masam Manis
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap sederhana
1/3 cawan tepung jagung
Cara :
Cuci ikan, belah bahagian bawah, dari kedua arah. Tulang ikan berada di tengah.
Keringkan ikan di atas tisu dapur.
Salutkan ikan dengan tepung jagung hingga rata, kemudian goreng hingga garing.
Angkat dan masukkan ke dalam pingan hidangan. Ketepikan.
Bahan potong
1 biji cili merah, potong kasar
1/2 biji tomato, potong baji
1/2 labu bawang holand, potong baji
1/2 biji timun, buang pulur, potong serong
1/2 biji carrot, potong serong jika suka
1 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan Sos Laici
1/3 cawan air laici
2 sudu besar sos plum
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil garam
5-6 biji laici
Cara-cara :
Satukan semua bahan sos di dalam mangkuk.
Sos plum, cili, tomato, cuka, gula, garam, air laici dan serbuk pati ayam.
Kacau sos hingga bergaul rata. Ketepikan.
Kemudian panaskan minyak, masukkan bahan potong dan masak sebentar saja.
Tuang bancuhan sos, kacau dan biar mendidih.
Akhir sekali masukkan laici, kacau rata dan tuang ke atas ikan.
Ikan Laici Masam Manis
Ikan Laici Masam Manis shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi