Sup Kicap Kaki Ayam
Bahan Perap
1/2 kg kaki ayam, cuci bersih
2 akar ketumbar
8 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada putih
1/3 cawan kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
Cara-cara :
Tumbuk akar ketumbar, bawang putih dan lada putih hingga hancur.
Gaul bersama kaki ayam dan kicap. Perap selama 30 minit di dalam peti sejuk.
Bahan Sup Kicap
1 1/2 liter air
1 inci halia, hiris
1 inci lengkuas, hiris
2 ulas bawang putih, ketuk
1 sudu kecil garam
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap sotong
Cara-cara :
- Masak air bersama hirisan halia, lengkuas dan bawang putih hingga mendidih.
- Masukkan kicap cair, kicap sotong, garam dan kaki ayam yang di perap tadi.
- Tutup periuk dengan penutup dan reneh sehingga kaki ayam lembut.
- Masukkan ke dalam mangkuk dengan taburan daun ketumbar dan cili jika suka pedas,
- Enak di cicah roti atau di makan bersama nasi.
Sup Kicap Kaki Ayam
Sup Kicap Kaki Ayam shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi