15 May 2018

Sup Kicap Kaki Ayam

Sup Kicap Kaki Ayam -

Sup Kicap Kaki Ayam

Bahan Perap
1/2 kg kaki ayam, cuci bersih
2 akar ketumbar
8 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada putih
1/3 cawan kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat

Cara-cara :
Tumbuk akar ketumbar, bawang putih dan lada putih hingga hancur.
Gaul bersama kaki ayam dan kicap.  Perap selama 30 minit di dalam peti sejuk.

Bahan Sup Kicap
1 1/2 liter air
1 inci halia, hiris
1 inci lengkuas, hiris
2 ulas bawang putih, ketuk
1 sudu kecil garam
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap sotong

Cara-cara :
  1. Masak air bersama hirisan halia, lengkuas dan bawang putih hingga mendidih.
  2. Masukkan kicap cair, kicap sotong, garam dan kaki ayam yang di perap tadi.
  3. Tutup periuk dengan penutup dan reneh sehingga kaki ayam lembut.
  4. Masukkan ke dalam mangkuk dengan taburan daun ketumbar dan cili jika suka pedas,
  5. Enak di cicah roti atau di makan bersama nasi.

Sup Kicap Kaki Ayam


Sup Kicap Kaki Ayam shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;