16 May 2018

Roti Kukus Serikaya Pandan

Roti Kukus Serikaya Pandan -

Roti Kukus Serikaya Pandan

Bahan Serikaya pandan
6 biji kuning telur
1 biji telur
200 ml santan pekat (1 kotak kecil)
1/2 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco / pewarna hijau
1 cawan jus pandan *
2 sudu besar tepung jagung

Jus pandan *
10 helai daun pandan, kisar dengan 1 1/2 cawan air, tapis

Roti, di potong dan di kukus selama 5 minit.

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan serikaya, whisk hingga gula larut.
  2. Kemudian tapis ke dalam mangkuk kaca tahan panas atau mangkuk keluli.
  3. Didihkan air di dalam kuali besar, letak mangkuk di dalamnya dan masak secara double boiler.
  4. Masak dengan api sederhana, bila bahagian bawah berketul, whisk hingga rata.
  5. Perlahankan api, kacau sekali sekala sehingga adunan menjadi  pekat dan berkilat.
  6. Enak di makan bersama Roti Kukus atau pulut Tai Tai dan Pau.


Roti Kukus Serikaya Pandan



Roti Kukus Serikaya Pandan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;