30 May 2018

Puding Sagu Selasih Gula Merah

Puding Sagu Selasih Gula Merah -

Puding Sagu Selasih Gula Merah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan sago kecil
1 sudu besar biji selasih
1 liter air untuk merebus
1 cawan santan pekat (kotak)
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air
1/4 sudu teh garam

Sirap Gula
1 cawan gula merah
1/3 cawan air
2 helai daun pandan

Satukan gula merah, air dan daun pandan.
Masak hingga gula larut, kemudian tapis.  Biarkan sejuk.

Potongan buah-buahan yang di sukai

Cara-cara :
  1. Rendam biji selasih hingga kembang, toskan.  Cuci sagu, toskan.  
  2. Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sagu.  
  3. Masak hingga sagu menjadi jernih.  Angkat dan toskan ke dalam penapis.
  4. Alirkan air paip ke atas sagu dan bilas beberapa kali sehingga kanjinya hilang.
  5. Toskan sekali lagi kemudian gaulkan dengan selasih.  
  6. Dalam periuk, satukan santan, gula, air dan garam.  
  7. Masak hingga panas saja, tidak perlu mendidih.
  8. Sejukkan santan dahulu, kemudian gaulkan dengan sago selasih tadi.
  9. Masukkan ke dalam gelas tinggi atau cawan dessert dan simpan di dalam peti sejuk.
  10. Untuk menghidang, tuang sirap gula merah dan tabur dengan potongan buah-buahan.

Puding Sagu Selasih Gula Merah


Puding Sagu Selasih Gula Merah shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;