Roti Kukus Serikaya Pandan
Bahan Serikaya pandan
6 biji kuning telur
1 biji telur
200 ml santan pekat (1 kotak kecil)
1/2 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco / pewarna hijau
1 cawan jus pandan *
2 sudu besar tepung jagung
Jus pandan *
10 helai daun pandan, kisar dengan 1 1/2 cawan air, tapis
Roti, di potong dan di kukus selama 5 minit.
Cara-cara :
- Satukan semua bahan serikaya, whisk hingga gula larut.
- Kemudian tapis ke dalam mangkuk kaca tahan panas atau mangkuk keluli.
- Didihkan air di dalam kuali besar, letak mangkuk di dalamnya dan masak secara double boiler.
- Masak dengan api sederhana, bila bahagian bawah berketul, whisk hingga rata.
- Perlahankan api, kacau sekali sekala sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
- Enak di makan bersama Roti Kukus atau pulut Tai Tai dan Pau.
Roti Kukus Serikaya Pandan
Roti Kukus Serikaya Pandan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi