13 Feb 2019 0 comments

Nasi Goreng Daun Selasih Ala Thai

Nasi Goreng Daun Selasih Ala Thai -

Nasi Goreng Daun Selasih Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi atau ikut kepedasan sesuai
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos ikan
1 biji telur
200 gm udang / sotong, buang kulit, cuci
3 cawan nasi sejuk
1 cawan daun selasih thai (thai basil)
Minyak untuk menumis

Hidangan :
Hirisan cili merah, timun, limau nipis dan telur mata

Cara-cara :

  1. Tumbuk bawang, cili dan garam hingga lumat.
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan udang dan sotong, masak sebentar hingga udang kemerahan.
  4. Pecahkan telur, biarkan sebentar hingga telur masak dan gaul rata.
  5. Masukkan nasi dan leraikan sambil di goreng.
  6. Tambah sos tiram, kicap dan sos ikan, gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan daun selasih, gaul dan sedia di hidang.


Nasi Goreng Daun Selasih Ala Thai






Nasi Goreng Daun Selasih Ala Thai shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 Feb 2019 0 comments

Tart Nutella Cornflakes

Tart Nutella Cornflakes -

Tart Nutella Cornflakes
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 gm mentega
75 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur A
40 gm serbuk badam
50 gm cornflakes - kisar halus
450 gm tepung gandum, ayak
1 botol Nutella

Acuan Tart
Nozzle dan piping bag

Cara-cara :

  1. Putar mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata,
  3. Masukkan tepung, serbuk badam dan conflakes.
  4. Uli menjadi doh yang lembut.
  5. Tekan ke dalam acuan tart.
  6. Bakar pada suhu 150C selama 25 minit.
  7. Setelah sejuk, paipkan nuttela ke dalam kulit tart.
  8. Bakar semula selama 10 minit hingga nutella set.
  9. Simpan di dalam bekas kedap udara.
  10. Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam peti sejuk.


Tart Nutella Cornflakes



Tart Nutella Cornflakes shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;