Nasi Goreng Daun Selasih Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi atau ikut kepedasan sesuai
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos ikan
1 biji telur
200 gm udang / sotong, buang kulit, cuci
3 cawan nasi sejuk
1 cawan daun selasih thai (thai basil)
Minyak untuk menumis
Hidangan :
Hirisan cili merah, timun, limau nipis dan telur mata
Cara-cara :
- Tumbuk bawang, cili dan garam hingga lumat.
- Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan udang dan sotong, masak sebentar hingga udang kemerahan.
- Pecahkan telur, biarkan sebentar hingga telur masak dan gaul rata.
- Masukkan nasi dan leraikan sambil di goreng.
- Tambah sos tiram, kicap dan sos ikan, gaul rata.
- Akhir sekali masukkan daun selasih, gaul dan sedia di hidang.
Nasi Goreng Daun Selasih Ala Thai
Nasi Goreng Daun Selasih Ala Thai shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment