Daging Selasih Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
500 gm daging lembu cincang
1 batang terung, potong kecil (optional)
2 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih, cincang
2 tangkai cili merah, hiris
3 tangkai cili padi, hiris halus
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos tiram
1 cawan daun selasih / Thai basil
Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daging dan goreng hingga hampir masak.
Masukkan terung, cili, sos ikan dan sos tiram, kacau rata,
Tutup kuali 2-3 minit hingga terung lembut.
Akhir sekali masukkan daun selasih dan gaul.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Daging Selasih Thai
Daging Selasih Thai shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment