Telur Masak Kicap
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
6 biji telur grade D atau E
1 labu bawang bombay, hiris
3 ulas bawang putih, ketuk
1 tangkai cili merah dan hijau atau capsicum, hiris
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar air asam jawa
1 biji tomato, belah 6
Hirisan daun sup untuk taburan
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
Goreng telur separuh masak, toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air.
Apabila mendidih, masukkan air asam jawa dan hirisan cili.
Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan tuang ke atas telur.
Tips Menggoreng Telur Mata :
Kredit : Petua dari Wan Luqman (MAHI)
1. Guna kuali kecil sedikit lengkuknya. putih telur akan membaluti telur kuning dan tidak merebak mengikut saiz kuali .
2, Minyak kena lebih supaya telur tenggelam dan masak rata.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, baru di tuang ke kuali.
4. Pastikan bahagian tepi telur garing dahulu sebelum di angkat.
5. Tos dengan sudip berlubang untuk mengeluarkan lebihan minyak.
6, Guna telur saiz D ataupun E untuk mendapatkan gorengan telur yang cantik.
Telur Masak Kicap
Telur Masak Kicap shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment