19 Feb 2019

Sup Bawang

Sup Bawang -

Sup Bawang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
6 labu bawang merah Bombay, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang
4 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam
2 ulas bawang putih cincang
8 cawan air rebusan daging / beef stock
2 helai bay leaves
1 sudu kecil daun thyme / parsley kering
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung gandum, larutkan dengan sedikit air

Hidangan
Roti Perancis / Baguette potong 1 in tebal
Mentega dan parutan keju cheddar

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang bombay dan bawang putih hingga layu.
Goreng lebih kurang 30 minit, tambahkan mentega dan tabur gula.
Masak hingga bawang kering dan keperangan.
Masukkan air rebusan daging, serbuk lada hitam, garam daun bay dan daun thyme kering.
Renehkan sup hingga airnya tinggal separuh.
Masukkan larutan tepung untuk memekatkan sup.
Sapu roti perancis dengan mentega dan tabur dengan parutan keju.
Bakar dan hidangkan bersama sup bawang,

Nota :  Sup juga boleh di kisar halus

Sup Bawang


Sup Bawang shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;