1 Feb 2019

Tauhu Krispi

Tauhu Krispi -

Tauhu Krispi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi by Inasusiato

Bahan-bahan :
12 keping tauhu putih
50 gm tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi / tepung jagung
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam (optional)
1 cawan air (200ml)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Tauhu di potong 4 setiap satu.
  2. Satukan tepung, tepung ubi, baking powder, garam, serbuk lada putih dan air aduk rata.
  3. Celup tauhu dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak yang betul-betul panas.
  4. Goreng hingga tauhu keperangan.
  5. Ambil 1/2 cawan lebihan adunan tepung dan siram merata ke atas tauhu.
  6. Goreng sehingga adunan keperangan dan melekat pada tauhu.
  7. Lakukan siraman 2 - 3 kali. Apabila adunan keperangan, angkat dan toskan.
Nota :
* Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas dengan api sedang saja.
* Sebelum adunan dimasukkan tauhu mesti keperangan dan kering,  setelah kering baru di siram dengan adunan tepung seterusnya.
* Lakukan siraman sedikit sedikit dan di ulang siraman 2 - 3 kali.
* Fungsi Baking powder membuat tahu krispi lebih lama.
Tauhu Krispi


Tauhu Krispi shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;