14 Feb 2019

Kerepek Bayam Rangup

Kerepek Bayam Rangup -

Kerepek Bayam Rangup
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ikat bayam (daun lebar)
1 1/4 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung ubi
1 cawan air

Bahan Tumbuk Halus
2 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan halus
1/2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar air kapur

Cara-cara :
  1. Cuci daun bayam dan keringkan di atas tisu dapur,
  2. Campur tepung dan air bersama bahan tumbuk, gaul rata.
  3. Adunan tidak terlalu pekat atau cair (seperti adunan rempeyek)
  4. Celup daun bayam ke dalam adunan dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  5. Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa, cukup 3-4 keping setiap gorengan.
  6. Apabila garing, angkat dan toskan.
  7. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Kerepek Bayam Rangup


Kerepek Bayam Rangup shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;