6 Apr 2019 0 comments

Opor Ayam Kampung

Opor Ayam Kampung -

Opor Ayam Kampung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung, potong empat
2 biji tomato
4 biji belimbing buluh
1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping kecil gula melaka
Garam secukup rasa
Minyak sapi untuk menumis

Bahan A - Tumbuk / Kisar
2 sudu besar biji ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
2 sm kunyit

Rempah Kasar
1/2 batang kayu manis
6 kuntum cengkih
2 biji pelaga

Bahan B - Tumbuk / Kisar
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
4 hiris halia
1 batang serai, ambil bahagian putih
1 sudu makan kerisik
4 biji buah keras

Cara-cara :
  1. Perap ayam dengan Bahan A selama 1/2 jam.  Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis rempah kasar dan Bahan B hingga garing.
  3. Masukkan sedikit air, tutup periuk dan reneh hingga ayam kecut.
  4. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
  5. Setelah itu, masukkan santan pekat, buah belimbing.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato dan tutup periuk sebentar.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.


Opor Ayam Kampung




Opor Ayam Kampung shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Solok Lada

Solok Lada -

Solok Lada
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
10 tangkai cili hijau
2 ekor ikan kembung atau 3 ekor ikan sardin
2 cawan kelapa parut muda
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 hiris halia
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji telur ayam kecil
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam halus
1 cawan santan

Cara-cara :

  1. Belah bahagian tengah cili, jangan sampai putus.
  2. Buang biji dan urat tengahnya. Kemudian rendam seketika dalam air cuka.
  3. Kupas isi ikan mentah, buang tulang dan kulitnya,
  4. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia.
  5. Campurkan kelapa dan isi ikan. Tumbuk lagi.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  7. Pecahkan telur dan gaul sebati.
  8. Sumbatkan bahan tumbuk ke dalam cili hingga padat.
  9. Susunkan dalam periuk. Masukkan sedikit santan pekat untuk merebus.
  10. Masak dengan api perlahan sehingga santan tinggal sedikit tetapi tidak terlalu kering.


Solok Lada


Solok Lada shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;