21 Apr 2019 0 comments

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake -

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
2 biji telur Grade A
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar oren emulco / Jus Sunquick
1 cawan jus oren segar (3 biji oren)

2 Loyang 8in di alas kertas minyak dan di gris

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Tabur loyang dengan serbuk koko hingga rata.  Keluarkan lebihannya.
  3. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam.  Ketepikan.
  4. Dalam periuk, satukan serbuk koko, susu, minyak, oren emulco dan jus oren.
  5. Panaskan hingga serbuk koko dan gula larut.  Tidak perlu sampai mendidih.
  6. Apabila suam, masukkan tepung ke dalam larutan koko, gaul sebati.
  7. Masukkan telur dan kacau hingga rata.
  8. Tuang sama banyak ke dalam 2 loyang, ratakan.
  9. Bakar selama 35-40 minit sehingga masak.
  10. Cucuk dengan lidi, jika keluar bersih, keluarkan kek dari oven.
  11. Sejukkan dahulu sebelum di lapisi dengan krim.

Icing krim Keju Coklat Oren
2 cawan gula icing
8 sudu besar mentega suhu bilik
250 gm krim keju pada suhu bilik
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar jus oren segar
1/4 sudu teh oren emulco / Jus Sunquick

Cara-cara :
Putar krim keju, mentega dan gula icing hingga berkrim.
Masukkan serbuk koko, jus oren dan oren emulco, putar sebati.
Sapu atau picit di atas kek, dan hias dengan hirisan oren dan taburan coklat.

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake


Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
14 Apr 2019 0 comments

Biskut Sagu Strawberry

Biskut Sagu Strawberry -

Biskut Sagu Strawberry
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
250 gm mentega
115 gm gula aising
150 gm tepung sagu
350 gm tepung gandum
25 gm susu tepung
1 kuning telur
2 sudu kecil strawberry emulco
sedikit pewarna merah

Celupan coklat 
150 gm coklat hitam
sedikit cocoa butter

Hiasan : coklat masakan cair dan coklat urai

Cara-cara :
  1. Sebatikan mentega, gula aising dan telur dengan senduk kayu hingga sebati.
  2. Tambah strawberry emulco dan sedikit pewarna merah, kacau rata.
  3. Masukkan tepung sagu, susu tepung dan tepung gandum.
  4. Uli hingga menjadi doh, canai dan terap dengan acuan biskut.
  5. Bakar selama 25 minit pada suhu 140C sehingga masak.
  6. Sejukkan dahulu sebelum di hias coklat.
  7. Cairkan coklat dan cocoa butter secara double boiler.
  8. Celup biskut dan hias dengan coklat urai.

Biskut Sagu Strawberry


Biskut Sagu Strawberry shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;