Panna Cotta Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Panna Cotta
500 ml susu segar (2 cawan)
100 ml sour cream / yogurt (1/4 cawan)
75 gm gula pasir (1/3 cawan)
2 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu kecil serbuk jelly
Cara-cara :
- Satukan susu, gula, serbuk agar dan serbuk jelly.
- Kacau dan panaskan hingga gula larut.
- Tak perlu hingga mendidih.
- Ambil satu senduk adunan, campurkan dengan sour cream.
- Kacau rata dan tuang kembali ke dalam periuk.
- Masak sebentar, setelah rata, tuang ke dalam gelas dessert.
- Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.
- Tuang puri buah naga dan hias dengan potongan buah naga.
Puri Buah Naga
1 biji buah naga merah
1 sudu besar jus lemon
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan 1 sudu besar air
Cara-cara :
- Haluskan buah naga dengan garfu.
- Masukkan ke dalam periuk bersama gula, air dan jus lemon.
- Apabila mendidih, masukkan larutan tepung jagung.
- Kacau dan tapis untuk mengeluarkan bijinya.
- Setelah sejuk, tuang ke atas panna cotta.
Panna Cotta Buah Naga
Panna Cotta Buah Naga shared from kakwan
Republish by The CC Resepi