2 Aug 2019 0 comments

Pear Rose Laici

Pear Rose Laici -

Pear Rose Laici
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji buah pear kecil
1 cawan Sunquick Rose Laici
1 cawan air
3 tangkai bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1/3 cawan gula pasir
setitis pewarna merah rose
2 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air

Sampingan :  Vanilla aiscream, potongan buahan

Cara-cara :

  1. Kupas kulit buah pear dan korek keluar pulurnya dengan sudu kecil.
  2. Rebus bersama bahan-bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
  3. Reneh selama 15-20 minit hingga pear lembut.
  4. Keluarkan buah pear, cengkih dan kayu manis, biarkan sirapnya di dalam periuk.
  5. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam sirap dan masak hingga pekat dan berkilat.
  6. Hidang pear dengan siraman sirap, aiscream dan potongan buahan.


Pear Rose Laici




Pear Rose Laici shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
31 Jul 2019 0 comments

Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit

Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit -

Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
300 gm kunyit segar, cuci bersih
2 cawan air

Bahan B
2 cawan air
2 keping gula merah / melaka (60 gm)
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar asam jawa

Cara-cara :

  1. Rebus bahan A hingga mendidih dan warna kunyit keluar.
  2. Setelah suam, kisar bersama air rebusan hingga halus.  Ketepikan.
  3. Masak bahan B hingga gula larut.
  4. Masukkan kunyit kisar tadi dan masak hingga mendidih.
  5. Tapi ke dalam jug sebanyak 2 kali untuk mengeluarkan hampasnya.
  6. Sedia di minum panas atau sejuk.
  7. Boleh di tambah sedikit madu untuk rasa yang lebih enak.


Nota : Jika tiada kunyit segar, boleh juga menggunakan serbuk kunyit

Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit


Jus Asam Kunyit / Jamu Asam Kunyit shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;