Pear Rose Laici
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
4 biji buah pear kecil
1 cawan Sunquick Rose Laici
1 cawan air
3 tangkai bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1/3 cawan gula pasir
setitis pewarna merah rose
2 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air
Sampingan : Vanilla aiscream, potongan buahan
Cara-cara :
- Kupas kulit buah pear dan korek keluar pulurnya dengan sudu kecil.
- Rebus bersama bahan-bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
- Reneh selama 15-20 minit hingga pear lembut.
- Keluarkan buah pear, cengkih dan kayu manis, biarkan sirapnya di dalam periuk.
- Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam sirap dan masak hingga pekat dan berkilat.
- Hidang pear dengan siraman sirap, aiscream dan potongan buahan.
Pear Rose Laici
Pear Rose Laici shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment