Ayam Panggang Sos Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
2 keping paha ayam
2 ulas bawang putih, tumbuk
2 ulas bawang merah, tumbuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak zaitun
Penyediaan :
- Bersihkan ayam dan lap dengan tissue dapur hingga kering.
- Kelar atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat meresap.
- Lumurkan kepingan ayam dengan bahan tumbuk, kiub ayam lada hitam dan lada putih.
- Gaul dengan sos tiram dan kicap manis.
- Akhir sekali lumur dengan minyak zaitun dan perap selama 1 jam atau lebih.
- Panggang ayam sehingga masak.
Sos Cendawan
6 cendawan butang, hiris nipis
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
1 sudu besar bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 cawan air
Sedikit minyak
Cara-cara :
- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih hingga wangi dan sedikit kuning.
- Masukkan hirisan cendawan, tumis hingga layu.
- Masukkan sos carbonara, serbuk lada putih dan tambahkan air.
- Masukkan kiub ayam, sesuaikan rasa, kacau rata dan masak hingga pekat.
Ayam Panggang Sos Cendawan
Ayam Panggang Sos Cendawan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment