Mi Goreng Taucu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 bungkus Mi Numee Gardenia
1 keping tauhu, goreng dan potong kiub kecil
1 keping fish cake, hiris
100 gm isi udang kecil
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
2 tangkai cili merah, cincang halus
1 1/2 sudu besar taucu, siram air
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 cawan stok ayam
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
50 gm Taugeh
1 biji telur, pukul ringan
50 gm Brocolli, celur
50 gm Tomato Ceri
1/4 cawan minyak untuk menumis
Bahan Kisar
4 tangkai cili kering, buang biji, celur air panas
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih, cincang
Penyediaan :
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Tolak bahan tumis ke tepi kuali, pecahkan telur dan biar mengeras sedikit.
- Masukkan sos tomato, sos tiram dan tauchu. Gaul bersama telur tadi.
- Masukkan stok ayam, biar mendidih.
- Tambah gula, garam dan bancuhan tepung jagung.
- Masak hingga kuah hampir pekat dan berkilat.
- Akhir sekali masukkan mi, taugeh, cili cincang dan tauhu goreng.
- Masak sekejap, jika kurang masin, tambah sedikit garam atau kicap cair.
- Hidang dengan brocolli dan tomato ceri jika suka.
Mi Goreng Taucu
Mi Goreng Taucu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi