Ayam Goreng Khao Mok
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung
4 cawan air
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar rempah Khao Mok**
Rempah Khao Mok**
2 sudu kecil serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil kayu manis
Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 batang akar ketumbar
Rempah Kasar
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 helai daun bay
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
Bahan Perapan
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Penyediaan Ayam :
- Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris dan rempah kasar hingga wangi.
- Masukkan rempah Khao Mok dan kacau dengan api perlahan supaya tidak hangus.
- Masukkan air. sedikit garam dan akar ketumbar.
- Apabila mendidih, masukkan ayam.
- Rebus hingga ayam setengah masak.
- Keluarkan ayam dan toskan.
- Simpan air rebusan untuk memasak nasi Khao Mok.
- Lumurkan ayam dengan bahan perapan.
- Perap sebentar hingga mesra.
- Goreng ayam yang di perap tadi.
Ayam Goreng Khao Mok
Ayam Goreng Khao Mok shared from kakwan
Republish by The CC Resepi