30 Nov 2019 1 comments

Fluffy Portuguese Egg Tarts

Fluffy Portuguese Egg Tarts -

Fluffy Portuguese Egg Tarts 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 Packet Puff Pastry KAWAN 8in

Bahan Kastard
1/2 cawan gula kaster (100 gm)
5 biji kuning telur
2 biji telur
1 cawan susu segar (240ml)
1/3 cawan dairy whipping cream (40 ml)
2 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air (larutkan)
1 sudu kecil esen vanila

Acuan Muffin atau acuan foil, gris dengan mentega
Menghasilkan 10-12 biji

Cara-cara :

  1. Canai pastry memanjang, tabur sedikit tepung.
  2. Sapu tepinya dengan air dan gulung memanjang.
  3. Potong 6 atau mengikut saiz acuan.
  4. Canai dan leperkan,  masukkan ke dalam acuan.
  5. Cucuk dasarnya dengan garpu.
  6. Simpan di dalam peti sejuk sebentar.


Penyediaan Kastard :

  1. Satukan kuning telur dan telur, kocok ringan dan tapis.
  2. Panaskan whipping cream dan gula hingga larut di atas api kecil.
  3. Masukkkan telur, kacau sebentar dan tuang bancuhan tepung jagung.
  4. Kacau dengan api perlahan hingga adunan sedikit berketul di dasar periuk.
  5. Tutup api dan terus mengacau hingga licin.
  6. Sudukan kastard ke dalam kulit tart hingga penuh.
  7. Panaskan oven pada suhu 200C.
  8. Bakar di rak bawah selama 15 minit.
  9. Alihkan ke rak atas dan bakar selama 15 atau hingga keperangan.


Fluffy Portuguese Egg Tarts







Fluffy Portuguese Egg Tarts shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
29 Nov 2019 0 comments

Puff Pastry Salmon

Puff Pastry Salmon -

Puff Pastry Salmon
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping puff pastry KAWAN 8in
2 keping isi ikan salmon
1  sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh jus lemon

Filing Keju Bayam
2 sudu besar mentega
2 sudu besar bawang putih cincang
3 sudu besar bawang besar cincang
1 ikat daun bayam, ambil daun sahaja
5 cendawan butang, hiris nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/3 cawan breadcrumb (serbuk roti)
110 gm cream cheese
1/4 cawan parutan keju Parmesan

Kuning telur untuk sapuan


Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Perasakan ikan dengan serbuk lada hitam, garam dan jus lemon.
  3. Cairkan mentega, tumis bawang hingga naik bau.
  4. Masukkan cendawan, masak hingga layu.
  5. Masukkan bayam, garam dan serbuk lada hitam.
  6. Masak hingga bayam lembut.
  7. Tambah breadcrumb, cream cheese, parmesan dan gaul hingga rata.
  8. Angkat dan ketepikan.
  9. Letak ikan salmon di tengah puff pastry, sapu kuning telur di keliling tepi pastry.
  10. Ratakan filing keju di atas ikan, tutup ikan dengan pastry dari kedua belah.
  11. Bungkus rapi dan terbalikan ke atas, bahagian ikan berada di atas.
  12. Sapu rata kuning telur dan buat beberapa kelaran.
  13. Bakar selama 25 minit hingga keperangan.


Puff Pastry Salmon



Puff Pastry Salmon shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;