4 Jan 2020 0 comments

Kuih Ros Tepung Pulut

Kuih Ros Tepung Pulut -

Kuih Ros Tepung Pulut
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 gm tepung pulut cap POKOK (2 1/3 cawan)
250 gm tepung jagung (2 cawan)
150 ml air
150 ml santan segar atau kotak
5 biji telur A
180 gm gula (3/4 cawan)
1/2 cawan bijan putih / hitam

Penyediaan :
  1. Satukan tepung pulut dan tepung jagung di dalam mangkuk besar.
  2. Blender gula dan telur, masukkan ke dalam tepung bersama santan dan air.
  3. Whisk hingga sebati dan tapis ke dalam mangkuk.
  4. Tabur adunan dengan bijan.
  5. Panaskan acuan di dalam minyak yang telah di panaskan.
  6. Angkat, buang lebihan minyak pada acuan.
  7. Celup ke dalam adunan, goyang dan buang lebihan adunan.
  8. Celup ke dalam minyak panas, goyangkan acuan.
  9. Lepaskan adunan dari acuan, masak dengan api sederhana.
  10. Angkat dan toskan, simpan dalam bekas kedap udara.
Nota :
Untuk adunan berwarna, bahagikan adunan dan titis pewarna.
Untuk adunan marble, campurkan 2,3 sudu warna dalam satu mangkuk.

Kuih Ros Tepung Pulut 


Kuih Ros Tepung Pulut shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
1 comments

Biskut Buah Rotan

Biskut Buah Rotan -

Biskut Buah Rotan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
150 gm tepung pulut (1 1/2 cawan)
200 ml santan segar (1 cawan)
60 gm gula halus (4 sudu makan)
1/4 sudu teh garam
300 gm bijan putih
30 gm bijan hitam (optional)

Penyediaan :
  1. Sangai tepung pulut hingga ringan jangan sampai kekuningan.
  2. Biarkan sejuk.
  3. Masak santan, garam dan gula hingga gula larut.  Sejukkan dahulu.
  4. Gaul tepung dan tuang santan sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Cubit sedikit doh dan gentel bulat sebesar sagu mutiara.
  6. Doh jangan besar kerana akan mengembang sekali ganda bila di goreng.
  7. Golekkan doh ke dalam campuran bijan putih dan hitam.
  8. Salut rata dan ayak dengan senduk berlubang.
  9. Goreng dalam minyak panas dengan api paling kecil.
  10. Setelah doh timbul di permukaan, balik-balikkan supaya masak sekata.
  11. Goreng hingga perang keemasan.  Angkat dan toskan.
  12. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tips :
Sangai tepung pulut dahulu hingga ringan.
Doh mestilah lembut dan sedikit melekit supaya bijan dapat bersalut rata dan tidak mengeras bila di goreng.
Jika doh mengering tambahkan sedikit santan atau air dan uli semula.
Doh jangan besar, lebih kurang saiz sagu mutiara.  Jangan buat lebih besar dari saiz ini.
Goreng dengan api paling perlahan supaya masak hingga ke dalam.
Goreng jangan terlalu banyak dalam satu masa.

Biskut Buah Rotan


Biskut Buah Rotan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;