Sotong Masala -
Sotong Masala
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
500 gm sotong bertelur saiz sedang
50 gm rempah kari daging (1 paket kecil)
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak
1 tangkai daun kari
Bahan Hiris
1/2 labu bawang holland, potong baji
1 tangkai cili merah, belah memanjang
Bahan Kisar
1/2 labu bawang holland
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
Rempah Kasar (Masala)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji cengkih
3 buah pelaga
Penyediaan :
- Cuci sotong, tarik keluar pundi hitamnya tanpa mengeluarkan tulangnya.
- Masukkan kepala sotong ke dalam badannya,
- Celur dengan sedikit air, 1/4 paras sotong.
- Masak sebentar sehingga sotong tegang dan mengelembung.
- Angkat, tos dan simpan air rebusannya. Ketepikan.
- Kisar bahan2 kisar dengan 1 cawan air dan tapis.
- Simpan air kisarannya. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis rempah kasar dan bahan hiris hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar, daun kari dan tumis hingga kekuningan.
- Masukkan air kisaran bawang dan masak hingga mendidih.
- Satukan serbuk kari, jintan putih, jintan manis dan serbuk cili.
- Gaulkan dengan sedikit air, masukkan ke dalam kuali.
- Tumis hingga pecah minyak.
- Tambah air rebusan sotong dan reneh hingga hampir pekat.
- Akhir sekali, masukkan sotong yang di celur, gula dan garam.
- Tambah sedikit air lagi jika pekat dan masak hingga mendidih.
- Kuah jangan terlalu pekat kerana apabila sejuk ia akan memekat sendiri.
Sotong Masala
Sotong Masala shared from kakwan
Republish by
The CC Resepi