18 Feb 2020 0 comments

Kek Kastad Labu

Kek Kastad Labu -

Kek Kastad Labu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Krim Kastard 
1 kuning telur
1 sudu besar gula caster
1 sudu besar tepung gandum
150 ml susu cair

Penyediaan :
  1. Whisk kuning telur, gula dan tepung hingga rata.
  2. Masuk susu dan kacau diatas api sederhana hingga pekat
  3. Masuk ke dalam mangkuk dan tutup permukaannya dengan plastik wrap.
  4. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk.
  5. Masukkan ke dalam piping bag.
Bahan Kek
200 gm labu
3 biji telur
160 gm gula
100 ml susu segar
100 ml minyak jagung
350 gm tepung
1 sudu kecil vanila
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar kuaci labu

Loyang 8in, gris dan tabur tepung

Penyediaan :
  1. Kukus labu hingga lembut, haluskan menjadi puri.
  2. Putar telur dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masuk susu, minyak dan puri labu, putar perlahan.
  4. Masuk tepung sedikit2, baking powder dan esen vanila.
  5. Putar perlahan hingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang.
  7. Picit Krim Kastad dan tabur dengan kuali labu.
  8. Bakar pada suhu 175C selama 40 minit atau hingga masak.

Kek Kastad Labu


Kek Kastad Labu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
17 Feb 2020 0 comments

Sup Bayam Berkrim

Sup Bayam Berkrim -

Sup Bayam Berkrim
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ikat daun bayam (200 gm)
2 cawan susu cair
1/4 cawan dairy whipping cream
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
3 hiris halia
1 helai daun bay
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam / putih
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Penyediaan :
  1. Celur daun bayam hingga lembut.  Masukkan ke dalam air ais.
  2. Toskan dan kisar bersama halia hingga menjadi puri.
  3. Panaskan mentega, masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair,  whipping cream dan daun bay.
  5. Apabila mendidih, perasakan dengan serbuk pati ayam, lada hitam, gula dan garam.
  6. Boleh di hirup begitu saja atau di cicah roti.

Sup Bayam Berkrim


Sup Bayam Berkrim shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;