5 Mar 2020 0 comments

Ayam Asap Teh Hijau

Ayam Asap Teh Hijau -

Ayam Asap Teh Hijau
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam (1.2kg) atau 4 keping paha ayam
2 hiris halia
2 ulas bawang putih, ketuk

Bahan Perapan
1 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 ulas bawang putih, parut
2 inci halia, parut
1/2 sudu kecil garam

Bahan Asap, satukan
2 sudu besar teh hijau Thai
3 sudu beras
3 sudu gula pasir
1 mangkuk aluminium foil

Penyediaan :
  1. Bersihkan ayam, lumur dengan garam dan cucuk isinya dengan garpu.
  2. Masukkan hirisan halia dan bawang putih ke dalam badan ayam.
  3. Satukan bahan perapan di dalam mangkuk, gaul rata.
  4. Lumur ayam dengan setengah bahan perahan.  Simpan bakinya untuk sapuan.
  5. Panaskan kukusan dan kukus ayam dengan api besar selama 30 minit.
  6. Keluarkan ayam dan simpan air kukusan ayam untuk nasi dan sup.
  7. Rehatkan ayam hingga kulitnya mengering.
  8. Lumur ayam dengan baki bahan perapan.
  9. Sementara itu, sediakan bahan Asap.
  10. Lapik kuali dengan aluminium foil.
  11. Letak mangkuk bahan asap, alas dengan jaring.
  12. Panaskan kuali dan tutup hingga berasap.
  13. Letakkan ayam di atas jaring dan tutup kuali.
  14. Panggang dengan api besar selama 15 minit.
  15. Buka tutup kuali dan sapu lagi bahan perapan,
  16. Panggang semula selama 15 minit hingga kulit ayam mengering.
  17. Rehatkan ayam sebelum di potong dan di hidang.

Nota :  Ayam Asap mempunyai rasa yang unik dengan aroma asap.
Isi ayam sangat lembut dan berjus.

Ayam Asap Teh Hijau


Ayam Asap Teh Hijau shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
3 Mar 2020 0 comments

Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu

Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu -

Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan sagu, cuci dan toskan
1 helai daun pandan
1 liter air untuk merebus

Cara-cara :
  1. Rebus air dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu.
  3. Masak hingga sagu menjadi jernih, tos dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  4. Toskan sagu dan masukkan ke dalam acuan atau gelas kecil.

Kuah Pindang
6 ketul tapai ubikayu
100 ml santan cair
500 ml santan pekat
1/4 sudu teh garam
80 gm gula pasir atau gula melaka
1 sudu besar tepung beras, larutkan dengan sedikit air

Cara-cara :
  1. Masak santan cair dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan santan pekat, garam dan bancuhan tepung beras.
  3. Masukkan tapai, tutup periuk dan masak sebentar.
  4. Hidang bersama sagu.

Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu


Puding Sagu Pindang Tapai Ubikayu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;